carian

Ahad, 24 Jun 2012

SEpINtaS LaLU SEjaRaH POLiSAs




Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah telah ditubuhkan pada tahun 1976 dan merupakan politeknik yang kedua tertua di antara politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pada mulanya politeknik ini dikenali sebagai Politeknik Kuantan dengan menumpang di sebahagian bangunan Sekolah Menengah Teknik Kuantan sebagai kampus sementara. Pada tahun 1983 Politeknik Kuantan telah berpindah ke kampus baru di Semambu di atas tapak seluas 75 hektar. Politeknik ini telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang pada 9 November 1985, dan telah dinamakan sebagai Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah atau ringkasnya POLISAS.

Kampus Politeknik ini mengandungi satu blok Pentadbiran, tiga blok Bilik Kuliah, enam blok Bengkel, satu blok Bahagian Teknologi Makanan, sebuah Perpustakaan, dua buah Dewan Kuliah, sebuah Dewan Besar, sebuah Pusat Komputer, satu blok Bangunan Hal-Ehwal Pelajar, sebuah Medan Selera, sembilan blok Asrama, sebuah Kafeteria, dua blok Rumah Pangsa bagi kakitangan rendah dan beberapa buah rumah bagi pegawai-pegawai kanan POLISAS.

Penubuhan POLISAS merupakan satu langkah kerajaan untuk menambah bilangan tenaga terlatih separa professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan demi menjayakan projek-projek pembangunan agar perkembangan industri di negara ini bertambah pesat.

Bilangan pelajar POLISAS telah meningkat dari 120 orang pada tahun 1976 kepada 5,495 orang pada Julai 2004. Mulai pengambilan 1989, POLISAS telah menjalankan pengajian secara sistem semester dan pengambilan dibuat 2 kali setahun. Sehingga kini POLISAS telah melahirkan seramai 20,827 orang graduan.

Sehingga Oktober 2004 POLISAS mempunyai bilangan kakitangan 453 orang, yang terdiri dari 354 orang kakitangan akademik dan 99 orang kakitangan bukan akademik. Sebagai sebuah institusi Pengajian Tinggi, POLISAS yang terdiri daripada 7 Jabatan dan 11 Unit yang diketuai oleh seorang Ketua Jabatan/Unit, diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan